top of page

Menjulang Kejuaraan

目录 Table of Content
前言 Preface

     Mencecah usia 30 tahun pada tahun 2012, saya sedang melangkah ke peringkat kehidupanyang lebih stabil dan matang.

 

     Di antara 14 acara tertinggi di peringkat antarabangsa, saya sudah menjejakkan kakitiga kali ke peringkat separuh akhir dan 11 kali ke peringkat akhir. Kesudahannya,saya berjaya menjuarai tujuh kejohanan dan menyandang gelaran naib johan sebanyakempat kali.

 

     Pada 21 Ogos 2008, saya dinobatkan sebagai pemain No. 1 Dunia bagi kategori perseoranganlelaki – satu kedudukan yang saya berjaya kekalkan sehingga 21 Jun 2012.

 

     Untuk mengekalkan taraf pemain No. 1 Dunia, saya perlu bangun seawal jam 5 pagisaban hari untuk latihan fizikal – berlari, melatih gerak kaki, menajamkan teknik-teknikpermainan dan seumpamanya. Inilah hasil yang saya perolehi dengan bekerja kerassetiap hari tanpa mengenal penat lelah.

 

     Mengimbau kembali masa silam saya, segalanya begitu biasa sahaja.

 

     Selama ini, saya sudah mencipta banyak rekod. Rekod-rekod cemerlang saya berakarumbidaripada kecekalan saya mencabar tubuh dan minda secara berterusan tanpa had.Saya tidak boleh sesekali terlepas pandang hal-ehwal disiplin diri. Demikianlah carasaya mengekalkan rekod-rekod tersebut – dengan bekerja keras dan berlatih setiap hari.Walaupun kadang kala saya kecundang, tetapi saya amat memahami bahawa kegagalansebenarnya menjadikan saya seorang individu yang lebih gagah pada masa hadapan. 

 

     Kekalahan saya samakan seperti kemenangan. Ada yang berpendapat saya gentar berhadapandengan pihak lawan saya. Sudah menjadi kelaziman seorang pemenang berasagentar dirinya diatasi atau dikalahkan. Selagi kita menghadapi kegagalan dengan sikapdan pemikiran yang positif, selagi itulah kita masih di landasan yang sebetulnya untuk berjaya.

 

     Sudah tentu, ini bukanlah penamat bagi cerita saya. Hakikatnya, sama ada saya mampuatau tidak memenuhi harapan setiap orang untuk menjuarai Sukan Olimpik bukanlahperkara yang terpenting. Yang ingin saya paparkan untuk tatapan para pembaca budimanadalah apa yang terbentang di sebalik segala kejayaan dan kegagalan, satu semangatberkobar untuk tidak berhenti mencabar dan menandingi had diri.

 

     Saya ingin berkongsi bagaimana pemikiran positif boleh menukarkan seorang pencundangmenjadi seorang pemenang, semangat bangkit semula dari ambang kekalahan.Saya berharap dapat memberikan inspirasi kepada teman-teman, terutamanya yangmasih muda bahawa tidak kira apa yang kita lakukan, berpeganglah kepada impian.Kita hendaklah sentiasa tabah menghadapi dan berusaha mengatasi segala dugaan hidup – pada saat kejatuhan, kita wajar berani untuk bangkit semula.

 

     Semenjak lahir, ibu bapa saya telah memberikan apa yang mereka terdaya demi membesarkankami empat adik-beradik. Bapa ialah kunci utama dalam mempengaruhi sayauntuk meneroka kerjaya ini; ibu pula meluahkan kasih sayangnya secara senyap tandasokongan kepada saya dan begitu juga kasih sayang padu daripada abang-abang dankakak saya. Pendek kata, keluarga menjadi pendorong utama dalam perjuangan sayamenggapai impian.

 

     Saya sudah meneliti segala kisah silam saya dalam buku ini – dari zaman kanak-kanaksehingga dewasa. Daripada seorang kanak-kanak, saya sudah menjadi seorang lelakidewasa yang matang dan pasti akan matlamat dan hala tuju kehidupan. Saya rasa amatberbesar hati kerana orang di sekeliling saya – anda dan kata-kata anda – tidak kiraberbentuk dorongan atau kritikan, telah membentuk keperibadian dan perwatakan saya pada hari ini.

 

     Kepada Perdana Menteri kita dan isteri beliau, sejambangan terima kasih di atas sokonganpadu anda berdua. Sesungguhnya, anda berdualah Penyokong No.1 saya! Kepadasemua para penyokong setia di Malaysia, China dan seluruh dunia, saya memohonmaaf jika ada kalanya saya gagal memenuhi harapan anda semua. Saya berjanji untuktidak berputus asa, malahan akan terus melakar kisah-kisah menarik dan indah sepanjanghidup saya.

 

     Saya Lee Chong Wei, begitulah kisah saya selanjutnya…

内容 Contents
Bukuganda Publication. All Rights Reserved © 2016
bottom of page